Monday, May 22, 2017

cara mecari kasut bersesuian


CARA MEMILIH KASUT YANG BERSESUIAN

1. Mencuba Terlebih Dahulu
Mesti cuba terlebih dahulu kasut yang kita pilih. Jangan main sambar sambar je kalau berkenan di hati. Pastikan kaki berasa selesa semasa memakai kasut tersebut. Pastikan juga kasut tak terlalu ketat (sedikit longgar) dan tiada jahitan kasut yang menggigit kaki (boleh menyebabkan kaki melecet).
2. Pakai Stokin
Cara terbaik adalah mencuba kasut yang kita berkenan itu dengan stoking. Sebabnya nanti, bila nak bersukan atau berjogging, mesti kita guna stoking kan? Lebih selesa. Jadi dah dapat saiz yang betul-betul ngam dengan kaki kita. 
3. Pilih Kasut Ikut Kesesuaian Kaki
Kadang-kadang, ada sesetengahkasut yang designnya nampak sangat cantik tapi bila kita pakai terasa pelik dan tidak selesa pula. Ada berkemungkinan kasut tersebut direkabentuk untuk golongan yang bertapak kaki kecil atau mungkin lebih kurus. Jadi, bila orang bertapak besar dan lebar memakainya, ianya kelihatan tidak menarik.Ianya akan kelihatan menggelembung atau sempit walau pada hakikatnya saiz yang kita cuba tu sudah mengikut saiz kaki kita. Jadi, pilihlah kasut yang sesuai dengan bentuk kaki kita dan nampak cantik dan sesuai dengan kaki kita.
4. Material Luaran Kalis Air
Jika suka dan sangat disyotkan, pilihlah matrial luaran yang kalis air. Jadi, jika kita terlanggar lopak air di padang atau laluan yang basah, taklah air nak masuk ke dalam kasut kita. Kalau tak, nanti kaki kita basah, kasut pun menjadi berat. 




panduan memilih kasut



Panduan Memilih Kasut

Tidak kira apa aktiviti anda ketika bersenam (berlari, berjalan, bersukan atau ke gim), kasut sukan adalah satu kemestian. Jika anda memakai kasut yang bukan dikhaskan untuk bersukan, ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada kaki dan juga buku lali anda serta ia menyebabkan anda tidak selesa sepanjang bersenam.

Ramai orang akan mudah tertarik dengan rekaan kasut sukan yang hadir dalam warna-warna striking. Sentiasa ingat perkara pertama dalam memilih kasut sukan adalah keselesaan bukan rekaan.

Bahagian tapak merupakan elemen terpenting bagi menentukan keselesaan kaki anda. Kenal pasti bentuk kaki anda dan padankan dengan rekaan tapak kasut sukan.

Untuk aktiviti berlari, kasut sukan dengan material getah lembut akan menjadikankan setiap langkah anda lebih stabil

Pilih kasut sukan yang ringan dan mudah dilentur. Hal ini penting bagi memudahkan setiap aktiviti.

Ramai menganggap saiz kasut sukan sama seperti kasut biasa yang anda pakai untuk bekerja dan bersiar. Sebetulnya kasut sukan yang bagus hadir dalam satu saiz lebih kecil daripada saiz kasut biasa kerana faktor material dan juga bagaimana kasut tersebut memberi justifikasi keselesaan buat kaki anda.

kasut sepak raga tuju(srt)